Saturday 16 November 2013

Cinta Naela al-Farafisha.. :')

Salam w.b.t..

Arakian, setelah sekian lama Cik Bubble tak menjengok blok nie.. Finally, masa itu tiba jua.. aiceh!
padahal terlalu banyak bende nak di kongsikan di sini. macam-macam program nak di share skali, pelbagai ideologi ingin disampaikan dan perasaan yang ingin dicoretkan.. huk2..

namun apakan daya.. hurm..  final year yang semakin garang, membawa agendanya yang tersendiri, membawa saya ke perusuk ceruk alam yang berlainan. jauh dari realiti. luar dari imaginasi. aiceh~ (@_@)

he~ namun hari ini, tiba-tiba terdetik di hati kecil lagi comel ini, untuk kongsikan sebuah lagu yang sentiasa tergiang2 kat dalam kalbu buat masa ini.. lagu nyer bertajuk  'CINTA NAELA'.. 
erk~ siapa Naela nie..? NONono..! die bukan mak cik kantin skola Simpang Tujuh, bukan jugak model bagi testimoni Aura Putih, mahupun tokey kedai produk kecantikan, atau  kakak fesi mase program Adikku Comel.. tapi beliau adalah seorang wanita yang hebat. lebih hebat dari Masked Rider Yuki.. beliau adalah isteri Khalifah Saidina Uthman r.a..

'Naela al-Farafisha'

ya..! suatu kisah yang banyak ibrah nyer..! kisah yang sangat sweet..! kisah yang mempunyai auranya yang tersendiri dan yang penting lagi best dari cerita Sayang Awak, Encik Arrogant atau pun, Kekasih Isnin dalam cerita Lelaki Berlari.. eh!? hehe, ^^"

hurm, boley antum-antum bayangkan seorang gadis yang berumur 18 tahun, bersama dengan seorang lelaki yang berusia 81 tahun.. ? huish, saya tak dapat bayangkan seandainya saya di tempat Naelah.. Uthman sendiri berasa gusar seandainya lamarannya ditolak, namun.. simple and ala2 suwet jawapan yang diberikan oleh Naela terhadap pertanyaan Uthman, iaitu :
'Tanya Uthman: “Apakah engkau tidak keberatan bernikah dengan seorang lelaki tua?” 
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu n menjawab
:“Aku termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
Jawab Uthman
:“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata
: "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”'

Nah, lihat..!! jawapan yang diberikan oleh Naelah sangat berhikmah. Cik Bubble, tak mampu nak tulis banyak mengnai kisah nya, nanti baca sndiri na.. cuma cukup lar tahu, Kisah Cinta ini bertambah syahdu dengan peristiwa kematian Saidina Uthman r.a, di mana isterinya mempertahankan nyawa suami dengan menahan pedang musuh sehingga terputus jemarinya. Dan rentetan selepas peristiwa tersebut..

So sekarang cik Bubble, nak share lirik lagu yang dimaksudkan. Lagu yang membuat saya tercari-cari siapa Naela tersebut.. heh, jom amati n hayati kisah beliau.. Tadaa..!! erk~ lagu nyer cri sendiri ea.. fuhh~ :)

Tajuk : Cinta Naela 
Munsyid : Seedrain 
Album : Lantera Agama
 
Duhai kekasih
Ingin ku tanyakan
Apa rahsia kasih yang kau julang
Kerana kasih
Setiamu terbilang
Teguh berdiam walau hilang bayang
Tetap indah warna cinta
Tak dicemar nestapa

Duhai kekasih
Ku pinta khabarkan
Apa rahsia keteguhan cinta
Kerana kasih
Telah kau buktikan
Walaupun nyawa rela kau taruhkan
Beruntungnya diri Uthman
Didakap kasih Naela
Tika bahagia dikunjung musibah
Tak kau menyerah kalah
Sehabis daya engkau pertahankan
Suamimu yang tersayang

Naela kau serikandi cinta
Tak gentar di hujung pedang
Hingga putus jemari halusmu
Tak kau endah walau bermandi darah
Musuh menyambar suamimu terdampar
Bingkas kau bangun menghalang
Rebah akhirnya dia yang kau sayang
Hilang nyawa di pangkuan

Duhai kekasih
Ingin ku katakan
Sungguh ku kagumi kesetiaanmu
Kerana kasih
Teguhnya cintamu
Walaupun datang raja melamarmu
Tetap mekar bunga cinta
Harum hingga ke syurga...
Moga kesetiaan. keperibadian. kekuatan Naelah menyerap dalam dalam diri ini.. :')

P/S : tetibe teringat subjek Sejarah Tamadun Islam, yang salah satu buku kami kena khadamkan lumat-lumat adalah buku yang bertajuk 'Fitnah-fitnah Semasa Pemerintahan Saidina Uthman..' 

Monday 10 June 2013

Semangat yang Hilang..

Assalamualaikum w.b.t...

Entry pagi ini, saya cuba seringkas yang boleh..
entry mengenai suatu cerita, 
cerita yang lahir dari hati..
cerita tentang saya dan mereka.. 

hari ini, baru saya terpanggil untuk melihat situasi sebenar,
situasi mengenai seorang saya,
situasi sebelum final exam..
yup, tinggal tiga hari sebelum paper pertama bermula..
dan, saya masih di sini, bace buku ala kadar.. 
nota tiada satu yang sempurna, 
jadual belajar di pandang sepi,
study week d hiasi dengan report dan paper work..

Namun,
saya masih mencari mereka..
mereka yang tidak kunjung tiba di saat saya sangat memerlukan..
mereka yang saya perlukn sebelum menghadapi ujian duniawi..
mereka yang saya perlukn di saat diri terasa kosong..
mereka yang saya perlukn di kala minda terasa tepu..
mereka yang sentiasa ada, tetapi...
terlalu jauh...

mereka..
inchek jiwa, puan hati dan mok cik semangat....
hingga saya terlupa...
di antara mereka ada DIA.. 
DIA yang sentiasa dekat...

Allah~ (T__T")
Semangat itu hilang, kerana kita semakin menjauh dengan  DIA.. 
#nangeslaju2
Ya Allah, hanya pada Engkau tempat kembali segala masalah.. :'(
Permudahkan lar segalanya..
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untuk hambaMu yang hina ini.. amin..

#nangesTanpaHenti

Tuesday 28 May 2013

tawakal yang I.N.D.A.H! ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum  w.b.t..

Hurm…  apa khabaq semua..?? harap sehat senantiasa noh..  baik lar, apa yang cik Bubble nak merepek hari nie yerk..

Hurm, sekadar sedikit perkongsian. Ok, sumpah sikit sebab banyak lagi keje menunggu.. huk2..

Awak-awak semua, pernah tak rasa semua apa yang dilakukan nie serba tak kena, masa tak menyelebelahi kita, masalah datang bertimpa-timpa, sehingga kan kita mengharapkan ada bidadari dari langit empat belas turun sambil usap-usap kepala dan ‘TTttiiiinnnNGGG’ tongkat ali, eh! salah. Tongkat sakti dihayunkan, dan segala masalah dapat diselesaikan. Opss! Okey, tak mungkin.. (__ __||)

Baru-baru nie, cik bubble, baru balik daripada program orang asli selama seminggu.  (erk~ banyak pengalaman yang ingin dikongsikan tp pada entry yang lain… heh, insyaAllah.. *wink2*)

Baiklar, kite troskan lagi.. biasalah selepas balik daripada program.. jet leck r.. eh! Gua musang jek pun, huh, dan segala nya menjadi semakin serabut. Yer lar, pergi seminggu, dan seminggu juga semua kerja tertangguh, huk2, sehingga lar.... 
 pada jam 9.00 pagi, hari Isnin baru nie, saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang sahabat menyatakan esok saya terlibat dalam perbentangan. Erk~ memang hanyut kejab, dunia gulap gulita, BLACKOUT..!! eh!
huh, seandainya presentation itu hanya melibatkan ilmu yang penuh di dada dan mr. go0gle jek tak pe lar jugak. Ini, ia melibatkan survey seramai 50 orang, dan survey di tangan hanya ada 17 responden sahaja, dengan graf segala bagai lagi.. huk2, tambahan lain, esok juga saya ada 1 lagi presentation..!  gulp, telan air liur.. paet!

Ha, walaupun sebegini situasi seperti di atas, mok cik bidadari masih lagi belum muncul. Woit..! khurafat btol cik bubble nie.. he~

Maka perkara pertama yang saya buat. Senyum, dan teruskan kerja seperti biasa. Owh, okey, tipu lagi..! heh, itu lar, cerita nya. Tak mampu untuk saya menulis rentetan peristiwa yang sebenar, kang bley jadi hikayat hidup seorang saya pulak.. :) Tapi cukup lar, saya kate kan semua nyer berjalan lancar. sangat lancar..! Alhamdulillah...  Trime Kasih Ya Allah.. (^____^)
dan Hanya ini untuk saya menyampaikan :

:') [creadit]
"Andai sesuatu itu, diserahkan segalanya kepada Allah s.w.t. insyaAllah, walau apa juga hasilnya, ia tetap terasa I.N.D.A.H. Sungguh..!!" #senyum

Tapi, harus difahami konsep tawakal dahulu, iaitu berusaha selagi mampu baru serah kepadaNYA. Contohnya, satu hari tak tido untuk siapkan kerja tersebut.. ceit~ mata da macam panda si kungfu..! sangat.. dan….
Alhamdulillah kepadaNYA, segalanya dipermudahkan. Indah kan..?? heh,

Daripada ini, saya belajar sesuatu..! sungguh..!!!

Monday 29 April 2013

Kisah sebatang payung.. (__ __||)

Assalamualaikum w.b.t...

Hualaweh~~ 'Kisah Si Payung...' wat  it da zid means..?


huhu, da lar lame tak menulis dan membebel dalam mende alah nie.. sungguh! lame yang sangat..! fuh~
Namun, walaupun begitu.. hari-hari yang berlalu, membuat kan saya semangat untuk menulis.. setiap hari mesti terdetik di dalam hati,

“Hari nie, aku nak update blog lar”

Tp, hakikat nyer saya hanya sampai perkataan ‘NAK’ sahaja, update blog nyer, berkurun kene tunggu..
Sem nie terlalu sibuk.. Allah~ sampai kadang kala terfikir apa yang aku buat nie ikhlas ke tidak.. sering merungut, mengeluh dan sampai satu tahap.. rase nak quit wat segala macam yang tak berkaitan dengan pelajaran nie.. program melambak, eseyment menggunung.. haish~
Tapi, gagahkan diri jugak..! segagah pok cik HULK mengangkat trailer 32 tayar.. eh! J

Andai bukan kita siapa lagi..! Ikhlaskan diri, buat bersungguh, insyaAllah, tinggi nilainya di sisi DIA.. #senyum

Hurm…. Baik lar, untuk tidak membuang masa mendengo bebelan di atas, kita tros masuk kisah inchek payung tersebut..

Teringat kenangan masa dolu-dolu buat karangan barang-barangan macam nie. Tapi kali nie nak mengasah bakat kembali menulis  karangan sebegini.. mungkin tajuk nya perlu di stendet kan  sebagai “Aku Sebatang Payung..”  hehe, ^^”
Erk~ dah kenapa tiba-tiba jek payung..?? awat tak kereta ka, henset ka, buku ka, baju ka,.. nie payung..! eleh, apa ke hal..??

Rileks-rileks, abang2, kakak2, adik2 dan ipar duai semua, dengo sini…

“eh, suka hati saya lar nak tulis apa, sebab yang hero dalam cita nie Encek Payung, maka buat pa nak sibuk sebut nama pelakon-pelakon lain…” huh.. (-_-)


K, kita sambung semula..

Alkisah, bermula lah kisah seorang saya yang kehilangan payung.. erk~ Nampak tak, watak heroin plak muncul.. he~
Kisah nyer bermula, bila mana ada seseorang meminjam Encek Payung dari saya, namun saya gagal untuk  mengingati muka si peminjam, maklum lar.. bawak payung masa program, maka ramailar wajah-wajah baru muncul.. tetibe ada hamba Allah yang lain nak pinjam, maka bagilah kepada yang memerlukan..

Keesokannya sewaktu kemas beg nak pergi ke kuliah, baru teringat kepada incek payung tersebut.. huh, kerana sudah menjadi kebiasaan, payung adalah mende wajib bawak ke mana-mana.. panas atau hujan, dia lar yang melindungi.. maka bermula lar pencarian si incek payung..

Puas di cari, tapi hampa belaka.. sobs~ (T__T)

Hingga, saya ditegur oleh seorang sahabat.. “Saudari memang macam nie ke, selalu susah hati andai sesuatu tu tak ada..?? tak payah lar susah hati sangat, setiap apa yang berlaku atas ada hikmahnya. Dan kadang kala kesilapan yang berlaku adalah kecuaian manusia itu sendiri…”

Ok, fine.. sangat tersentap..! kata-katanya membuat saya terfikir... fikir yang panjang.. ceit~
Ya, saya akui sendiri saya cuai. Saya terlalu cuai sehingga tak dapat cam wajah si peminjam, atau pun saya cuai kerana mempercayai orang yang tidak kenal, dan saya cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai tuan kepada payung tersebut.. ya..! salah saya..! 

Namun, bukan begitu yang saya rasa. Firstly,  apabila sesuatu mende kita hilang, kita kena cepat-cepat bersangka baik pada Allah, mungkin bukan jodoh saya bersama incek payung sampai abes blajo.. tp, saya mencari nya kerana bagi saya setiap barang itu ada ‘sentimental value’ nya yang sendiri. Huhu, jiwangkah aku..?
Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap, "apa lar sangat dengan ‘PAYUNG’ tersebut.. tak luak pun, politik Malaysia tak tergugatlar andai payung cik bubble hilang.."
Tapi, hakikat nya, secara motivasinya dengan payung tersebut lar saya gagah ke kelas.. cuba bayangkan macam mana jika hujan lebat, di kala ingin meminjam payung dengan jiran-jiran.. memasing ada tanggungjawab tersendiri.. tak kan nak redah jek, pergi ke kelas dalam keadaan basah lencun.. gulp~ 
Tambahan pula, perjalanan dari kolej ke fakulti mengambil masa 10 minit, dan 5 minit darinya adalah laluan tidak berbumbung.. omo~  tak dapat nak bayangkan..
Dan dengan payung yang sama jugak saya menakutkan si monyet-monyet yang ada di kawasan universiti ini sewaktu pulang ke kolej.. Payung ini juga yang setia bersama saya hampir dua tahun ini.. Dan payung itu jugak lar benda pertama yang saya beli menggunakan duit sendiri, huk2, kirim dengan senior semasa minggu orentasi.. erk~ sebab mase tue musim hujan.. dan lupe plak nak bawak dari rumah.. cis~  (__ __||)

Namun, jangan risau.. selain salah saya, saya  tak salahkan sesiapa dalam kisah ini.. kerana, dari sini saya cuba belajar untuk menghargai sesuatu. Dan seandainya saya tiada pengalaman sebegini, mungkin apabila ada insan  yang kehilangan payung.. ayat yang sama jugak saya keluarkan.. fuh~

Oleh itu, kesimpulannya. Don’t judge something itu  berdasarkan mata kepala, tapi pandanglah melalui mata hati. 
Sebagai contoh, seorang mak cik cleaner kehilangan mop?? Mungkin bagi kita ia adalah mende remeh, tapi rentetan daripada peristiwa kehilangan mop itu, mak cik tersebut akan dimarahi oleh majikannya, gajinya mungkin dipotong, dan tanpa kita tahu, anaknya sedang sakit di rumah. Maka adakah kita masih merasakan kehilangan mop tersebut sebagai perkara remeh…??
harga sebatang payung, andai dinilai dengan pandangan 'HATI'.. ^^"

Hurm, tepuk dada, Tanya rasa.. mungkin hal ini nampak remeh, namun ada 'sesuatu' di situ.. #angkat2 kening.. *wink2*

Erk~ btw, nak cerite yang saya  hilang payung jek, tapi tetibe terpanjang plak kisah nyer.. he~ maaf.. 
k, adios... nak sambung wat eseyment.. 

Sunday 24 March 2013

Surat untuk Adik.. :')


Salam w.b.t....

adik... heh, sht...? hope sht lar ea...
da lame da kak long nak cakap2 n borak2 ngan adik..
tp masa sokmo tak mengizinkan...
cam ne prasaan ngan result SPM baru2 nie...?
hope, adik dapat hadapi dengan tenang...
mungkin Allah sedang menduga...

so nyer, yok..! kite wat solution dari sekarang...
jom, koreksi diri semula...!
hurm.... cam ne kite nak mule kan erk~
k, actually.. Allah tetapkan sesuatu nie mungkin antara dua…:

1. Ujian dan 2. Kifarah (balasan..)

N whatever pn, jawapan adik untuk soalan kak long nie, kak long harap adik tros bersangka baik dengan Allah, jgn sesekali salah kan takdir DIA, sebab Allah kan sebaik-baik perancang… hurm…
Then, kak long suka nak ajak adik, menjaga hubungan ngan Allah… rajin2 bace al-Quran, solat sunat dan bace bahan @ something yg mendekat kan kite denganNYA..
hoho, so nyer secara x langsung adik menjadi contoh kepada manje dan aiman… then, contoh kepada insan2 yg dekat ngan adik termasuk mak, abah n kawan2 yang lain…

Sebab nyer, “andai kite menjage hubungan dengan Allah dengan mengharap redha dan cintaNYA, secara x langsung Allah turut menjaga hubungan sesama insan dengan kita melalui perantaraan cintaNYA jugak….” [erk, pham x…. he~] (_ _”)

K, lar.. 2 jek.. maaf andai ayat2 kak long nie buat adik rase tak selesa.. namun, hanya ini yg mampu untuk kak long luah kan kat surat nie…
Hope adik x kisah, sebab kak long tegur dan nasihat bukan sebab kak long nie baik atau saje-saje jek, tapi kerana Allah, coz, kak long sayang kat adik, cam kak long sayang adik2 kak long yg lain…
#ikhlas tapi jauh.... :) [woit, ikhlas mne bley ckp..! haiyo0....]

Kite kn nk masuk syurga same2 kt akhirat nnt.. :’)
masuk syurga sambil pegang tangan masing2.. abah, mak, kak long, angah, adik, manje dan aiman...

K, 2 jek…

Salam Sayang,
K.Long…


p/s : 
Ilmu bukan pada POINTER @ RESULT tapi antara sebab tak dapat score pointer adalah kerana TAK SERIUS DENGAN ILMU... so, Jangan jadikan nie alasan... ^^"