Thursday 13 December 2012

Lukisan Rindu Ini..


Assalamualaikum w.b.t…

Yup, ingat lagi entry semalam..? huk2.. ke baru lar nie nak stat bace belog nie..
Moh, kite refresh smule di sini..
K, oleh itu.. saya a.k.a Cik Bubble nak share lirik lagu yang dimaksudkan..
Sungguh..!! sngat bermakna bagi mereka yang mempunyai ‘H.A.T.I…’ eh!

Tajuk Nasyid : Lukisan Rindu  
Artis : Are-Buddy 
Album : Kalimah Warisan

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah 
Walau kita tak pernah bersua
Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah 
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah.. 
Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat
 

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu
 
Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah
Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna
Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

Erk~ apa perasaan? Sedih..?? Sayu..?? rase nak nangis kuat2..?? ke tak de perasaan..? huk2, atau rasa nak out dari belog nie.. ?? 
yup, silakan.. tafaddhal ya ukh..! hak individu kan..

Tapi.. sila lempang diri anda selaju yang mungkin, dan teruskan membaca hingga abes.. hambo0i! manyak chantik dirimu, nak bace separuh jek.. huk2,  
meh, sambung siket lagi.. (^___^)

K, kite teruskan bagi mereka yang masih setia.. ceewah!

Hurm.. dapat bayang tak di mana kita di sisi Rasulullah..? layakkah kita..?

adakah kita selantang Saidina Umar dalam membela Rasulullah..??
Sejujur Abu Bakr yang sentiasa membenarkan kata-kata Baginda..??
Seberani  Hamzah, yang menjadi pedang Rasulullah sehingga gugur di medan Uhud..?
Sesantun Uthman sehinggakan Rasulullah segan padanya?
Semulia Ali sehingga di angkat sebagai kunci kepada ilmu Rasulullah..???
Setulus Bilal sehingga dikhabarkan Rasulullah mendengar hentakan sepatunya di syurga..??

pfffttt~ peluh mengalir deras..!
tarik nafas. Lepas. Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. 

Tepuk dada, Tanya iman..
di manakah kita jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat Baginda s.a.w..?

L.U.K.I.S.A.N R.I.N.D.Uku... :')
 p/s : Allah~  itu baru siket contoh yang dibawa. Gulp~ kita..? yup, kita masih di sini. 
Menjadi pendokong pada legasi dakwah Baginda. Terapkan akhlak Islamiah dan Sunnah Baginda. 
Biar tiada nilai di mata manusia, tetapi bernilai pada pandangan Allah s.w.t. dan dapat menjadi umat Baginda yang super duper osem and lagi gorjes..!! wo0ha..! ^^”

Wednesday 12 December 2012

Diri ini perlu di'KETUK'.. huk2,


Assalamualaikum w.b.t..

Sedang tangan menaip untuk menyiapkan eseyment ulasan video Fiqh Sirah berdasarkan Filem "The Massage" yang lagi bape perenggan nie.. lagu Lukisan Rindu by Are-Buddy menjengah telinga. mengetuk minda. menyentuh hati. Allah~
jauhnya terasa aku dengan Rasulullah s.a.w. sangat jauh...!!! Ya Allah, 

air mate mengalir laju.. haish~ 

apabila di lihat selembar demi selembar sirah Rasulullah, terasa diri nie, sangat hina..!!  tak setanding dugaan yang Cik Bubble terima dengan Rasulullah s.a.w. daripada stat Baginda lahir, menyampaikan risalah hingga wafatnya Baginda. jauh panggang dari api. kisah ku. dengan..... kisah Baginda.! Allah~


 air mate semakin deras.. 

kite singkap semula bagaimana dakwah Baginda ke Ta'if, saat Baginda dibaling batu oleh masyarakat di sana namun Baginda tidak membalas walau pun  banyak luka yang Baginda terima dan pendarahan yang teruk pada kaki Baginda. Namun.. Rasulullah  sempat lagi berdoa pada Allah, iaitu :

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Melalui peristiwa itu juga, malaikat siap offer lagi untuk menghancurkan penduduk Ta'if  pada ketika itu.. Namun siapa yang menjangkakan jawapan dari insan maksum ini.

"Tidak.  apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."

Sekalipun tubuh baginda di rejam batu oleh penduduk Taif, namun tidak sekali dendam yang baginda simpan, siap berdoa agar Allah membuka pintu hidayah untuk mereka.. Mulianya hatimu Ya Rasulullah.. (T___T)

 buku atas meje da basah.. huk2,

nah, lihat..!! segala racun yang diberi dibalas madu oleh Rasulullah.. saya..?? erk~ telan air liur. jauh! sangat jauh, bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. jika dibandingkan dengan diri yang hina dina ini. ibarat langit dan bumi. malah jauh lagi. sampai tak perasan, kat mane terletaknya diri saya. huk2.. itu baru 1 part peristiwa, blom masuk bagaimana tabahnya baginda dibesarkan dalam keadaan yatim piatu. kehilangan insan tersayang rentetan tahun dukacita. hijrah ke Madinah. Peristiwa Isra' Mikraj. pembukaan kota Mekkah. Ukhwah dengan para sahabat. dan sehingga.. wafatnya Baginda. Allah~

satu2 peristiwa telintas di fikiran. sungguh~ hati diketuk dengan ketukan yang maha kuat..! terasa hati sangat sakit. sakit yang tiada tandingan. sakit rindu pada seseorang..!! rindunya aku dengan Baginda.. sobs~~ 

tulisan kat buku abes kembang, cz kne ayaq mata.. isk3,

Impikanlah hati sesuci hati Rasulullah... amin..

Semoga kita semua dikurniakan hati-hati yang mulia lagi suci seperti  Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mudah-mudahan hati ini  sentiasa Istiqamah dalam kebaikan dan ketaatan.  Semoga juga, cinta dan rindu ini bukan berkala, tapi sentiasa mengalir selagi mata berkelip. nadi bergerak. jantung berdegup. dan.. bumi berputar pada paksinya..  amin...

p/s : Cik Bubble, Jadi lar insan yang mampu menghulurkan madu sekalipun racun yang kau telan. apalah sangat dugaan dan ujian yang diterima jika dibandingkan dengan kekasihNYA…  sobs3.. :'(

Wednesday 5 December 2012

B.E.R.L.A.P.A.N.G. D.A.D.A :')


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada Cik Bubble untuk berbelog… huk2,
Sem nie, terasa maha sebuk..! sangat.. erk~ eseyment? same jek, stil banyak as oweyz.. tp, ntah lar.. huk2..
Hurm, abaikan kan lar, kesibukan Cik Bubble nie.. (haish, setiap entry nak kne cite sebok nyer die.. huh,)

K, baik lar.. apa yang ingin Cik Bubble share ek, pada anda sume.. argh~ hipokrit kah aku..?

Hari ini, Selase, 6hb 12 merupakan hari sayu sedunie.. uhuk2.. tak tau kenape..
Hurm.. hari ini, just 2 kelas jek, kelas tutor Fiqh Sirah yang terakhir untuk sem nie.. dan kuliah Titas yang tak bape nak pasti bile akan berakhir.. huh,

erk~ ntah kenape hari nie trase sayu yang amat.. sangat2.. ditambah lagi dengan keadaan yang sangat mendung apabila pulang ke kolej dengan menaiki kaki sendiri. Eh! Kaki ini terasa ingin terus berjalan. Berjalan tanpa henti. Sambil mentadabbur alam ciptaanNya. Langkah  sengaja dilambatkan, kerana... 
saya rindu dengan perasaan sedemikian.. sungguh!  Perasaan yang bisa menggetarkan hati.. Perasaan yang membuatkan saya terasa dekat denganNYA.. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan..  (hu~ air mate mengalir laju)

Mungkin ini adalah salah satu cara Allah nak tegur saya dengan cara yang paling halus dan lembut..  sampai menusuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.. DIA menegur pada jiwa yang sentiasa lalai dengan dunia.. (T___T)

Kisah nya bermula di sini.. ehem..!

Beberapa hari yang lalu, Cik Bubble menghadapi krisis.. ah! Krisis yang sangat remeh, bak kte orang cerdik pandai, ’isu childish2’.. tapi ianya terus menghantui..! grr~ kadang2 geram gak ngan diri sendiri..huh!

Namun, ada hari Isnin yang lalu, (eh! Cam nak wat karangan plak rase nyer..)

K2, kite sambung smula.. Seperti biasa, kadang2 andai ada masa terluang, saya and de geng akan wat usrah kecik2 lepas solat maghrib ngan geng2 kolej  yang terdiri daripada pelbagai jurusan.. so nyer, macam2 fikrah dan ilmu yang dapat dikongsi..

Maka pada hari Isnin lepas, tajuk usrah kami ialah 'B.E.R.L.A.P.A.N.G. D.A.D.A..' dan seperti biasa saya tak sempat berjemaah maghrib bersama mereka kerana kekangan masa kerana sem nie klas Cik Bubble kebanyakannya tamat area jam 6-7.. dan kadang-kadang terbit rasa segan dalam hati dengan sahabat-sahabat fakulti yang lain.. huk2..

Tajuk tersebut dihuraikan dengan detail sekali oleh ahli usrah termasuk lar saya, so nyer, setiap kali memberikan pandangan dan idea ianya ibarat menampar pipi sendiri.. zapss~ sakit dan berbisa.. uhuk2..
Dari kisah Nabi Ayub yang diduga oleh Allah, tetapi segan untuk meminta. Maka dikiaskan pada kehidupan.. Allah~ hinanya diri terasa.. (air mata makin tak dapat dibendung) dan salah satu kata sahabat saya..

“sebenarnya, kita tidak perlu untuk bersedih dengan ujian yang diberi.. kerana andai dihitung nikmat dan dugaan.. kenikmatan yang diberikan lebih banyak dari ujian. Masa gembira kita lebih banyak dari sedih. Maka, walau apa pun musibah, ujian, dan dugaan yang melanda.. bersyukur lar kepadaNYA..”
“jangan di minta ringan kan ujian, tetapi mintalah kuat nya iman untuk menghadapi dugaan tersebut”
Again..! sentap sangat..!! trasa diri terlalu rendah darjatnya di sisi MU. Allah~

Yup..! Allah sentiasa dekat dengan kita.. seperti sangkaan hamba kepada TuhanNya. (T_T)


p/s : huhu, bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti mereka.. dan trima kasih Ya Allah atas teguranMu.. Ampunilar segala dosa-dosaku dan sahabat2 ku.. sob3.. (air mate da segelen tadah..)