Monday 22 October 2012

Teguran dariNya..:')


Asslamualaikum w.b.t...

kyaak~ tetibe sangat rajin untuk meng-habdate sesuatu di sini..
bile tengot corat-coret kat sebelah kiri tue, terasa cam segan sendiri.. orang lain sebulan paling siket 4 entry baru.. tapi, cik Bubble, da nak dekat setahun baru 4 entry yang di-hapdate.. huish~
maaf..! saye bukan pemalas, cume kurang kerajinan di samping kehidupan sebagai insan pemes yang sangat bz.. w0oha..! (^__^)v

kebizian seorang saya ini mengundang kepelikan di kalangan sahabat.. erk, maksud nyer di sini, walaupun as student U di area Bangi ini, (eh! u kat bangi nie ade bape ek?) tapi belom pernah keluar jalan2 ke Mines, apetah lagi Jalan Tar, KLCC, Times Square dan sebagai nyer..
Hurm... Paling jauh pun, Kajang.. di ulangi Kajang! erk~ itu pn sem lepas, sem nie.. x lepas pun lagi, paling koman adelah g Mekdi kt area Bangi nie.. he~ jaoh kan..?
huk2, adekah saye termasuk dalam kelompok kanak-kanak yang kesian..?
erk~ tidak kan..? sebab saya rase saya adalah kanak-kanak yang paling bahagia, kerana dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi diri ini.. (eh, ape yang aku stat melalut nie.. grrr~)

Baik lah, kite terus ke point utama..
ini adalah mengenai teguran daripadaNYA.. dan anggap lar, cerita di bawah juga adalah teguran daripadaNYA tapi melalui perantaraan makhlukNya yang amat hina ini.. huk2.. (T___T)
"TINGG..! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. 
Dia menyambung semula kerjanya. 
TINGG..! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. 
Tidak lama kemudian,blelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. 
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.  
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. 
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.  
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. 
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan."

P/s : hurm.. sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
_deng...! bunyik kepale terhantuk.. Allah~ ampuni lar hambaMu yang sering terleka ini.. :') amin..

Friday 19 October 2012

Kisah Ini, tentang KekasihNYA..

Salam w.b.t...

trase sudah terlalu lame untuk tidak menulis dan menukilkan sesuatu di sini..
dek kerana bebanan tugas dan tanggungjawab yang menjadi amanah sebagai seorang anak, pelajar dan hambaNYA yang sangat hina..
dan, saat ini.. tetibe terpanggil untuk berkongsikan sesuatu.. 
ya..!! panggilan itu.. eh!

sem ini, Cik Bubble, ada subjek Fiqh Sirah.. dan aura dia sama terasa nyer dengan subjek Jihad yang saya belajar masa sem 1 dulu.. ya! aura itu..

namun, bukan bermakna subjek lain tiada aura nyer, namun kedua subjek ini membuatkan saya sering termenung dan berfikir.. ACAP KALI..! sangat yang TERsangat..

subjek ini, tiada lar seHOT subjek BioChemistry, Thermodynamics, Statistis  atau Sains Politik.. Namun, Allah~

hina nyer terasa diri yang sememangnya hina ini bila belajar madah nie.. huk2, :'(

di dalam kelas tutorial, kami belajar menggunakan kitab Sirah Nabi, karangan Ibnu Hisyam.. dan hanya menekankan bab Isra Mi'raj sahaja.. nampak mudah kn.. tapi pengisiannya amat menarik..


di akhir kelas tutor selase lalu, ustazah bertanya kepada kami.. 


"andai kamu hidup di zaman Rasulullah pada ketika turunnya perkhabaran Isra' Mi'raj ini, adakah kamu tergolong dalam golongan yang murtad atau di dalam kalangan insan yang membenarkan seperti Abu Bakr..?" mejoriti di dalam kelas menjawab mereka berada di pihak yang membenarkan.. jawapan kami di ajukan dengan persoalan,  "adakah logik, manusia itu membenarkan sesuatu tanpa bukti apatah lagi mendengar cerita naik ke langit dalam masa yang sesingkat itu seperti mana yang dilakukan oleh Baginda?  mungkin sekarang kamu semua percaya kerana kisah ini tercatat di dalam kalamNYA, dan telah di ulas oleh para ulama' dulu dan sekarang, malah setiap tahun akan di adakan sambutan untuk mengingati peristiwa tersebut.. namun, adakah kamu yakin kamu tergolong dalam kelompok Abu Bakr? " gulp~ kami semua snyap.. sunyi.. sepi.. kelas menjadi hening.. persoalan itu, dibiarkan tanpa noktah..

Allah~ ya, saya pun tidak pasti akan berada dikelompok yang mana. Abu Bakr membenarkan kerana iman beliau yang mantap. tapi, andai di hitung iman yang sedia ada waktu ini, untuk di bawa pergi ke zaman tersebut, adakah aku tergolong dalam kelompok yang sama seperti mana Abu Bakr...? *sigh*



Dan... andai Rasulullah s.a.w melihat keadaan kita sekarang ini, apakah reaksinya?
Kecewakah dia dengan kita? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan.. huh,


Rasulullah, sungguh aku malu untuk menyatakan cinta padamu.. sob3.. :'(


_Ya Rasulullah, jadi kan aku umatMU yang terpilih untuk menatap wajahmu d akhirat kelak.. dan bersaksilah, sesungguhnya.. aku amat merinduimu... (T___T)