Monday 29 April 2013

Kisah sebatang payung.. (__ __||)

Assalamualaikum w.b.t...

Hualaweh~~ 'Kisah Si Payung...' wat  it da zid means..?


huhu, da lar lame tak menulis dan membebel dalam mende alah nie.. sungguh! lame yang sangat..! fuh~
Namun, walaupun begitu.. hari-hari yang berlalu, membuat kan saya semangat untuk menulis.. setiap hari mesti terdetik di dalam hati,

“Hari nie, aku nak update blog lar”

Tp, hakikat nyer saya hanya sampai perkataan ‘NAK’ sahaja, update blog nyer, berkurun kene tunggu..
Sem nie terlalu sibuk.. Allah~ sampai kadang kala terfikir apa yang aku buat nie ikhlas ke tidak.. sering merungut, mengeluh dan sampai satu tahap.. rase nak quit wat segala macam yang tak berkaitan dengan pelajaran nie.. program melambak, eseyment menggunung.. haish~
Tapi, gagahkan diri jugak..! segagah pok cik HULK mengangkat trailer 32 tayar.. eh! J

Andai bukan kita siapa lagi..! Ikhlaskan diri, buat bersungguh, insyaAllah, tinggi nilainya di sisi DIA.. #senyum

Hurm…. Baik lar, untuk tidak membuang masa mendengo bebelan di atas, kita tros masuk kisah inchek payung tersebut..

Teringat kenangan masa dolu-dolu buat karangan barang-barangan macam nie. Tapi kali nie nak mengasah bakat kembali menulis  karangan sebegini.. mungkin tajuk nya perlu di stendet kan  sebagai “Aku Sebatang Payung..”  hehe, ^^”
Erk~ dah kenapa tiba-tiba jek payung..?? awat tak kereta ka, henset ka, buku ka, baju ka,.. nie payung..! eleh, apa ke hal..??

Rileks-rileks, abang2, kakak2, adik2 dan ipar duai semua, dengo sini…

“eh, suka hati saya lar nak tulis apa, sebab yang hero dalam cita nie Encek Payung, maka buat pa nak sibuk sebut nama pelakon-pelakon lain…” huh.. (-_-)


K, kita sambung semula..

Alkisah, bermula lah kisah seorang saya yang kehilangan payung.. erk~ Nampak tak, watak heroin plak muncul.. he~
Kisah nyer bermula, bila mana ada seseorang meminjam Encek Payung dari saya, namun saya gagal untuk  mengingati muka si peminjam, maklum lar.. bawak payung masa program, maka ramailar wajah-wajah baru muncul.. tetibe ada hamba Allah yang lain nak pinjam, maka bagilah kepada yang memerlukan..

Keesokannya sewaktu kemas beg nak pergi ke kuliah, baru teringat kepada incek payung tersebut.. huh, kerana sudah menjadi kebiasaan, payung adalah mende wajib bawak ke mana-mana.. panas atau hujan, dia lar yang melindungi.. maka bermula lar pencarian si incek payung..

Puas di cari, tapi hampa belaka.. sobs~ (T__T)

Hingga, saya ditegur oleh seorang sahabat.. “Saudari memang macam nie ke, selalu susah hati andai sesuatu tu tak ada..?? tak payah lar susah hati sangat, setiap apa yang berlaku atas ada hikmahnya. Dan kadang kala kesilapan yang berlaku adalah kecuaian manusia itu sendiri…”

Ok, fine.. sangat tersentap..! kata-katanya membuat saya terfikir... fikir yang panjang.. ceit~
Ya, saya akui sendiri saya cuai. Saya terlalu cuai sehingga tak dapat cam wajah si peminjam, atau pun saya cuai kerana mempercayai orang yang tidak kenal, dan saya cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai tuan kepada payung tersebut.. ya..! salah saya..! 

Namun, bukan begitu yang saya rasa. Firstly,  apabila sesuatu mende kita hilang, kita kena cepat-cepat bersangka baik pada Allah, mungkin bukan jodoh saya bersama incek payung sampai abes blajo.. tp, saya mencari nya kerana bagi saya setiap barang itu ada ‘sentimental value’ nya yang sendiri. Huhu, jiwangkah aku..?
Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap, "apa lar sangat dengan ‘PAYUNG’ tersebut.. tak luak pun, politik Malaysia tak tergugatlar andai payung cik bubble hilang.."
Tapi, hakikat nya, secara motivasinya dengan payung tersebut lar saya gagah ke kelas.. cuba bayangkan macam mana jika hujan lebat, di kala ingin meminjam payung dengan jiran-jiran.. memasing ada tanggungjawab tersendiri.. tak kan nak redah jek, pergi ke kelas dalam keadaan basah lencun.. gulp~ 
Tambahan pula, perjalanan dari kolej ke fakulti mengambil masa 10 minit, dan 5 minit darinya adalah laluan tidak berbumbung.. omo~  tak dapat nak bayangkan..
Dan dengan payung yang sama jugak saya menakutkan si monyet-monyet yang ada di kawasan universiti ini sewaktu pulang ke kolej.. Payung ini juga yang setia bersama saya hampir dua tahun ini.. Dan payung itu jugak lar benda pertama yang saya beli menggunakan duit sendiri, huk2, kirim dengan senior semasa minggu orentasi.. erk~ sebab mase tue musim hujan.. dan lupe plak nak bawak dari rumah.. cis~  (__ __||)

Namun, jangan risau.. selain salah saya, saya  tak salahkan sesiapa dalam kisah ini.. kerana, dari sini saya cuba belajar untuk menghargai sesuatu. Dan seandainya saya tiada pengalaman sebegini, mungkin apabila ada insan  yang kehilangan payung.. ayat yang sama jugak saya keluarkan.. fuh~

Oleh itu, kesimpulannya. Don’t judge something itu  berdasarkan mata kepala, tapi pandanglah melalui mata hati. 
Sebagai contoh, seorang mak cik cleaner kehilangan mop?? Mungkin bagi kita ia adalah mende remeh, tapi rentetan daripada peristiwa kehilangan mop itu, mak cik tersebut akan dimarahi oleh majikannya, gajinya mungkin dipotong, dan tanpa kita tahu, anaknya sedang sakit di rumah. Maka adakah kita masih merasakan kehilangan mop tersebut sebagai perkara remeh…??
harga sebatang payung, andai dinilai dengan pandangan 'HATI'.. ^^"

Hurm, tepuk dada, Tanya rasa.. mungkin hal ini nampak remeh, namun ada 'sesuatu' di situ.. #angkat2 kening.. *wink2*

Erk~ btw, nak cerite yang saya  hilang payung jek, tapi tetibe terpanjang plak kisah nyer.. he~ maaf.. 
k, adios... nak sambung wat eseyment..