Saturday 16 November 2013

Cinta Naela al-Farafisha.. :')

Salam w.b.t..

Arakian, setelah sekian lama Cik Bubble tak menjengok blok nie.. Finally, masa itu tiba jua.. aiceh!
padahal terlalu banyak bende nak di kongsikan di sini. macam-macam program nak di share skali, pelbagai ideologi ingin disampaikan dan perasaan yang ingin dicoretkan.. huk2..

namun apakan daya.. hurm..  final year yang semakin garang, membawa agendanya yang tersendiri, membawa saya ke perusuk ceruk alam yang berlainan. jauh dari realiti. luar dari imaginasi. aiceh~ (@_@)

he~ namun hari ini, tiba-tiba terdetik di hati kecil lagi comel ini, untuk kongsikan sebuah lagu yang sentiasa tergiang2 kat dalam kalbu buat masa ini.. lagu nyer bertajuk  'CINTA NAELA'.. 
erk~ siapa Naela nie..? NONono..! die bukan mak cik kantin skola Simpang Tujuh, bukan jugak model bagi testimoni Aura Putih, mahupun tokey kedai produk kecantikan, atau  kakak fesi mase program Adikku Comel.. tapi beliau adalah seorang wanita yang hebat. lebih hebat dari Masked Rider Yuki.. beliau adalah isteri Khalifah Saidina Uthman r.a..

'Naela al-Farafisha'

ya..! suatu kisah yang banyak ibrah nyer..! kisah yang sangat sweet..! kisah yang mempunyai auranya yang tersendiri dan yang penting lagi best dari cerita Sayang Awak, Encik Arrogant atau pun, Kekasih Isnin dalam cerita Lelaki Berlari.. eh!? hehe, ^^"

hurm, boley antum-antum bayangkan seorang gadis yang berumur 18 tahun, bersama dengan seorang lelaki yang berusia 81 tahun.. ? huish, saya tak dapat bayangkan seandainya saya di tempat Naelah.. Uthman sendiri berasa gusar seandainya lamarannya ditolak, namun.. simple and ala2 suwet jawapan yang diberikan oleh Naela terhadap pertanyaan Uthman, iaitu :
'Tanya Uthman: “Apakah engkau tidak keberatan bernikah dengan seorang lelaki tua?” 
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu n menjawab
:“Aku termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
Jawab Uthman
:“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata
: "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”'

Nah, lihat..!! jawapan yang diberikan oleh Naelah sangat berhikmah. Cik Bubble, tak mampu nak tulis banyak mengnai kisah nya, nanti baca sndiri na.. cuma cukup lar tahu, Kisah Cinta ini bertambah syahdu dengan peristiwa kematian Saidina Uthman r.a, di mana isterinya mempertahankan nyawa suami dengan menahan pedang musuh sehingga terputus jemarinya. Dan rentetan selepas peristiwa tersebut..

So sekarang cik Bubble, nak share lirik lagu yang dimaksudkan. Lagu yang membuat saya tercari-cari siapa Naela tersebut.. heh, jom amati n hayati kisah beliau.. Tadaa..!! erk~ lagu nyer cri sendiri ea.. fuhh~ :)

Tajuk : Cinta Naela 
Munsyid : Seedrain 
Album : Lantera Agama
 
Duhai kekasih
Ingin ku tanyakan
Apa rahsia kasih yang kau julang
Kerana kasih
Setiamu terbilang
Teguh berdiam walau hilang bayang
Tetap indah warna cinta
Tak dicemar nestapa

Duhai kekasih
Ku pinta khabarkan
Apa rahsia keteguhan cinta
Kerana kasih
Telah kau buktikan
Walaupun nyawa rela kau taruhkan
Beruntungnya diri Uthman
Didakap kasih Naela
Tika bahagia dikunjung musibah
Tak kau menyerah kalah
Sehabis daya engkau pertahankan
Suamimu yang tersayang

Naela kau serikandi cinta
Tak gentar di hujung pedang
Hingga putus jemari halusmu
Tak kau endah walau bermandi darah
Musuh menyambar suamimu terdampar
Bingkas kau bangun menghalang
Rebah akhirnya dia yang kau sayang
Hilang nyawa di pangkuan

Duhai kekasih
Ingin ku katakan
Sungguh ku kagumi kesetiaanmu
Kerana kasih
Teguhnya cintamu
Walaupun datang raja melamarmu
Tetap mekar bunga cinta
Harum hingga ke syurga...
Moga kesetiaan. keperibadian. kekuatan Naelah menyerap dalam dalam diri ini.. :')

P/S : tetibe teringat subjek Sejarah Tamadun Islam, yang salah satu buku kami kena khadamkan lumat-lumat adalah buku yang bertajuk 'Fitnah-fitnah Semasa Pemerintahan Saidina Uthman..' 

No comments:

Post a Comment