Thursday 13 December 2012

Lukisan Rindu Ini..


Assalamualaikum w.b.t…

Yup, ingat lagi entry semalam..? huk2.. ke baru lar nie nak stat bace belog nie..
Moh, kite refresh smule di sini..
K, oleh itu.. saya a.k.a Cik Bubble nak share lirik lagu yang dimaksudkan..
Sungguh..!! sngat bermakna bagi mereka yang mempunyai ‘H.A.T.I…’ eh!

Tajuk Nasyid : Lukisan Rindu  
Artis : Are-Buddy 
Album : Kalimah Warisan

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah 
Walau kita tak pernah bersua
Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah 
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah.. 
Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat
 

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu
 
Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah
Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna
Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

Erk~ apa perasaan? Sedih..?? Sayu..?? rase nak nangis kuat2..?? ke tak de perasaan..? huk2, atau rasa nak out dari belog nie.. ?? 
yup, silakan.. tafaddhal ya ukh..! hak individu kan..

Tapi.. sila lempang diri anda selaju yang mungkin, dan teruskan membaca hingga abes.. hambo0i! manyak chantik dirimu, nak bace separuh jek.. huk2,  
meh, sambung siket lagi.. (^___^)

K, kite teruskan bagi mereka yang masih setia.. ceewah!

Hurm.. dapat bayang tak di mana kita di sisi Rasulullah..? layakkah kita..?

adakah kita selantang Saidina Umar dalam membela Rasulullah..??
Sejujur Abu Bakr yang sentiasa membenarkan kata-kata Baginda..??
Seberani  Hamzah, yang menjadi pedang Rasulullah sehingga gugur di medan Uhud..?
Sesantun Uthman sehinggakan Rasulullah segan padanya?
Semulia Ali sehingga di angkat sebagai kunci kepada ilmu Rasulullah..???
Setulus Bilal sehingga dikhabarkan Rasulullah mendengar hentakan sepatunya di syurga..??

pfffttt~ peluh mengalir deras..!
tarik nafas. Lepas. Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. 

Tepuk dada, Tanya iman..
di manakah kita jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat Baginda s.a.w..?

L.U.K.I.S.A.N R.I.N.D.Uku... :')
 p/s : Allah~  itu baru siket contoh yang dibawa. Gulp~ kita..? yup, kita masih di sini. 
Menjadi pendokong pada legasi dakwah Baginda. Terapkan akhlak Islamiah dan Sunnah Baginda. 
Biar tiada nilai di mata manusia, tetapi bernilai pada pandangan Allah s.w.t. dan dapat menjadi umat Baginda yang super duper osem and lagi gorjes..!! wo0ha..! ^^”

Wednesday 12 December 2012

Diri ini perlu di'KETUK'.. huk2,


Assalamualaikum w.b.t..

Sedang tangan menaip untuk menyiapkan eseyment ulasan video Fiqh Sirah berdasarkan Filem "The Massage" yang lagi bape perenggan nie.. lagu Lukisan Rindu by Are-Buddy menjengah telinga. mengetuk minda. menyentuh hati. Allah~
jauhnya terasa aku dengan Rasulullah s.a.w. sangat jauh...!!! Ya Allah, 

air mate mengalir laju.. haish~ 

apabila di lihat selembar demi selembar sirah Rasulullah, terasa diri nie, sangat hina..!!  tak setanding dugaan yang Cik Bubble terima dengan Rasulullah s.a.w. daripada stat Baginda lahir, menyampaikan risalah hingga wafatnya Baginda. jauh panggang dari api. kisah ku. dengan..... kisah Baginda.! Allah~


 air mate semakin deras.. 

kite singkap semula bagaimana dakwah Baginda ke Ta'if, saat Baginda dibaling batu oleh masyarakat di sana namun Baginda tidak membalas walau pun  banyak luka yang Baginda terima dan pendarahan yang teruk pada kaki Baginda. Namun.. Rasulullah  sempat lagi berdoa pada Allah, iaitu :

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Melalui peristiwa itu juga, malaikat siap offer lagi untuk menghancurkan penduduk Ta'if  pada ketika itu.. Namun siapa yang menjangkakan jawapan dari insan maksum ini.

"Tidak.  apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."

Sekalipun tubuh baginda di rejam batu oleh penduduk Taif, namun tidak sekali dendam yang baginda simpan, siap berdoa agar Allah membuka pintu hidayah untuk mereka.. Mulianya hatimu Ya Rasulullah.. (T___T)

 buku atas meje da basah.. huk2,

nah, lihat..!! segala racun yang diberi dibalas madu oleh Rasulullah.. saya..?? erk~ telan air liur. jauh! sangat jauh, bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. jika dibandingkan dengan diri yang hina dina ini. ibarat langit dan bumi. malah jauh lagi. sampai tak perasan, kat mane terletaknya diri saya. huk2.. itu baru 1 part peristiwa, blom masuk bagaimana tabahnya baginda dibesarkan dalam keadaan yatim piatu. kehilangan insan tersayang rentetan tahun dukacita. hijrah ke Madinah. Peristiwa Isra' Mikraj. pembukaan kota Mekkah. Ukhwah dengan para sahabat. dan sehingga.. wafatnya Baginda. Allah~

satu2 peristiwa telintas di fikiran. sungguh~ hati diketuk dengan ketukan yang maha kuat..! terasa hati sangat sakit. sakit yang tiada tandingan. sakit rindu pada seseorang..!! rindunya aku dengan Baginda.. sobs~~ 

tulisan kat buku abes kembang, cz kne ayaq mata.. isk3,

Impikanlah hati sesuci hati Rasulullah... amin..

Semoga kita semua dikurniakan hati-hati yang mulia lagi suci seperti  Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mudah-mudahan hati ini  sentiasa Istiqamah dalam kebaikan dan ketaatan.  Semoga juga, cinta dan rindu ini bukan berkala, tapi sentiasa mengalir selagi mata berkelip. nadi bergerak. jantung berdegup. dan.. bumi berputar pada paksinya..  amin...

p/s : Cik Bubble, Jadi lar insan yang mampu menghulurkan madu sekalipun racun yang kau telan. apalah sangat dugaan dan ujian yang diterima jika dibandingkan dengan kekasihNYA…  sobs3.. :'(

Wednesday 5 December 2012

B.E.R.L.A.P.A.N.G. D.A.D.A :')


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada Cik Bubble untuk berbelog… huk2,
Sem nie, terasa maha sebuk..! sangat.. erk~ eseyment? same jek, stil banyak as oweyz.. tp, ntah lar.. huk2..
Hurm, abaikan kan lar, kesibukan Cik Bubble nie.. (haish, setiap entry nak kne cite sebok nyer die.. huh,)

K, baik lar.. apa yang ingin Cik Bubble share ek, pada anda sume.. argh~ hipokrit kah aku..?

Hari ini, Selase, 6hb 12 merupakan hari sayu sedunie.. uhuk2.. tak tau kenape..
Hurm.. hari ini, just 2 kelas jek, kelas tutor Fiqh Sirah yang terakhir untuk sem nie.. dan kuliah Titas yang tak bape nak pasti bile akan berakhir.. huh,

erk~ ntah kenape hari nie trase sayu yang amat.. sangat2.. ditambah lagi dengan keadaan yang sangat mendung apabila pulang ke kolej dengan menaiki kaki sendiri. Eh! Kaki ini terasa ingin terus berjalan. Berjalan tanpa henti. Sambil mentadabbur alam ciptaanNya. Langkah  sengaja dilambatkan, kerana... 
saya rindu dengan perasaan sedemikian.. sungguh!  Perasaan yang bisa menggetarkan hati.. Perasaan yang membuatkan saya terasa dekat denganNYA.. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan..  (hu~ air mate mengalir laju)

Mungkin ini adalah salah satu cara Allah nak tegur saya dengan cara yang paling halus dan lembut..  sampai menusuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.. DIA menegur pada jiwa yang sentiasa lalai dengan dunia.. (T___T)

Kisah nya bermula di sini.. ehem..!

Beberapa hari yang lalu, Cik Bubble menghadapi krisis.. ah! Krisis yang sangat remeh, bak kte orang cerdik pandai, ’isu childish2’.. tapi ianya terus menghantui..! grr~ kadang2 geram gak ngan diri sendiri..huh!

Namun, ada hari Isnin yang lalu, (eh! Cam nak wat karangan plak rase nyer..)

K2, kite sambung smula.. Seperti biasa, kadang2 andai ada masa terluang, saya and de geng akan wat usrah kecik2 lepas solat maghrib ngan geng2 kolej  yang terdiri daripada pelbagai jurusan.. so nyer, macam2 fikrah dan ilmu yang dapat dikongsi..

Maka pada hari Isnin lepas, tajuk usrah kami ialah 'B.E.R.L.A.P.A.N.G. D.A.D.A..' dan seperti biasa saya tak sempat berjemaah maghrib bersama mereka kerana kekangan masa kerana sem nie klas Cik Bubble kebanyakannya tamat area jam 6-7.. dan kadang-kadang terbit rasa segan dalam hati dengan sahabat-sahabat fakulti yang lain.. huk2..

Tajuk tersebut dihuraikan dengan detail sekali oleh ahli usrah termasuk lar saya, so nyer, setiap kali memberikan pandangan dan idea ianya ibarat menampar pipi sendiri.. zapss~ sakit dan berbisa.. uhuk2..
Dari kisah Nabi Ayub yang diduga oleh Allah, tetapi segan untuk meminta. Maka dikiaskan pada kehidupan.. Allah~ hinanya diri terasa.. (air mata makin tak dapat dibendung) dan salah satu kata sahabat saya..

“sebenarnya, kita tidak perlu untuk bersedih dengan ujian yang diberi.. kerana andai dihitung nikmat dan dugaan.. kenikmatan yang diberikan lebih banyak dari ujian. Masa gembira kita lebih banyak dari sedih. Maka, walau apa pun musibah, ujian, dan dugaan yang melanda.. bersyukur lar kepadaNYA..”
“jangan di minta ringan kan ujian, tetapi mintalah kuat nya iman untuk menghadapi dugaan tersebut”
Again..! sentap sangat..!! trasa diri terlalu rendah darjatnya di sisi MU. Allah~

Yup..! Allah sentiasa dekat dengan kita.. seperti sangkaan hamba kepada TuhanNya. (T_T)


p/s : huhu, bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti mereka.. dan trima kasih Ya Allah atas teguranMu.. Ampunilar segala dosa-dosaku dan sahabat2 ku.. sob3.. (air mate da segelen tadah..)

Monday 22 October 2012

Teguran dariNya..:')


Asslamualaikum w.b.t...

kyaak~ tetibe sangat rajin untuk meng-habdate sesuatu di sini..
bile tengot corat-coret kat sebelah kiri tue, terasa cam segan sendiri.. orang lain sebulan paling siket 4 entry baru.. tapi, cik Bubble, da nak dekat setahun baru 4 entry yang di-hapdate.. huish~
maaf..! saye bukan pemalas, cume kurang kerajinan di samping kehidupan sebagai insan pemes yang sangat bz.. w0oha..! (^__^)v

kebizian seorang saya ini mengundang kepelikan di kalangan sahabat.. erk, maksud nyer di sini, walaupun as student U di area Bangi ini, (eh! u kat bangi nie ade bape ek?) tapi belom pernah keluar jalan2 ke Mines, apetah lagi Jalan Tar, KLCC, Times Square dan sebagai nyer..
Hurm... Paling jauh pun, Kajang.. di ulangi Kajang! erk~ itu pn sem lepas, sem nie.. x lepas pun lagi, paling koman adelah g Mekdi kt area Bangi nie.. he~ jaoh kan..?
huk2, adekah saye termasuk dalam kelompok kanak-kanak yang kesian..?
erk~ tidak kan..? sebab saya rase saya adalah kanak-kanak yang paling bahagia, kerana dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi diri ini.. (eh, ape yang aku stat melalut nie.. grrr~)

Baik lah, kite terus ke point utama..
ini adalah mengenai teguran daripadaNYA.. dan anggap lar, cerita di bawah juga adalah teguran daripadaNYA tapi melalui perantaraan makhlukNya yang amat hina ini.. huk2.. (T___T)
"TINGG..! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. 
Dia menyambung semula kerjanya. 
TINGG..! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. 
Tidak lama kemudian,blelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. 
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.  
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. 
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.  
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. 
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan."

P/s : hurm.. sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
_deng...! bunyik kepale terhantuk.. Allah~ ampuni lar hambaMu yang sering terleka ini.. :') amin..

Friday 19 October 2012

Kisah Ini, tentang KekasihNYA..

Salam w.b.t...

trase sudah terlalu lame untuk tidak menulis dan menukilkan sesuatu di sini..
dek kerana bebanan tugas dan tanggungjawab yang menjadi amanah sebagai seorang anak, pelajar dan hambaNYA yang sangat hina..
dan, saat ini.. tetibe terpanggil untuk berkongsikan sesuatu.. 
ya..!! panggilan itu.. eh!

sem ini, Cik Bubble, ada subjek Fiqh Sirah.. dan aura dia sama terasa nyer dengan subjek Jihad yang saya belajar masa sem 1 dulu.. ya! aura itu..

namun, bukan bermakna subjek lain tiada aura nyer, namun kedua subjek ini membuatkan saya sering termenung dan berfikir.. ACAP KALI..! sangat yang TERsangat..

subjek ini, tiada lar seHOT subjek BioChemistry, Thermodynamics, Statistis  atau Sains Politik.. Namun, Allah~

hina nyer terasa diri yang sememangnya hina ini bila belajar madah nie.. huk2, :'(

di dalam kelas tutorial, kami belajar menggunakan kitab Sirah Nabi, karangan Ibnu Hisyam.. dan hanya menekankan bab Isra Mi'raj sahaja.. nampak mudah kn.. tapi pengisiannya amat menarik..


di akhir kelas tutor selase lalu, ustazah bertanya kepada kami.. 


"andai kamu hidup di zaman Rasulullah pada ketika turunnya perkhabaran Isra' Mi'raj ini, adakah kamu tergolong dalam golongan yang murtad atau di dalam kalangan insan yang membenarkan seperti Abu Bakr..?" mejoriti di dalam kelas menjawab mereka berada di pihak yang membenarkan.. jawapan kami di ajukan dengan persoalan,  "adakah logik, manusia itu membenarkan sesuatu tanpa bukti apatah lagi mendengar cerita naik ke langit dalam masa yang sesingkat itu seperti mana yang dilakukan oleh Baginda?  mungkin sekarang kamu semua percaya kerana kisah ini tercatat di dalam kalamNYA, dan telah di ulas oleh para ulama' dulu dan sekarang, malah setiap tahun akan di adakan sambutan untuk mengingati peristiwa tersebut.. namun, adakah kamu yakin kamu tergolong dalam kelompok Abu Bakr? " gulp~ kami semua snyap.. sunyi.. sepi.. kelas menjadi hening.. persoalan itu, dibiarkan tanpa noktah..

Allah~ ya, saya pun tidak pasti akan berada dikelompok yang mana. Abu Bakr membenarkan kerana iman beliau yang mantap. tapi, andai di hitung iman yang sedia ada waktu ini, untuk di bawa pergi ke zaman tersebut, adakah aku tergolong dalam kelompok yang sama seperti mana Abu Bakr...? *sigh*



Dan... andai Rasulullah s.a.w melihat keadaan kita sekarang ini, apakah reaksinya?
Kecewakah dia dengan kita? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan.. huh,


Rasulullah, sungguh aku malu untuk menyatakan cinta padamu.. sob3.. :'(


_Ya Rasulullah, jadi kan aku umatMU yang terpilih untuk menatap wajahmu d akhirat kelak.. dan bersaksilah, sesungguhnya.. aku amat merinduimu... (T___T)

Sunday 22 April 2012

keBIZIan seorang saye.. eh!


Salam w.b.t..
Alo00ha…!!! Giler babas lame dah Cik Bubble tak menulis di sini.. fuh,

Ya..!! lame yang amat sangat.. SANGAT2..!!

Huk2, bersawang bagai dah di sini, bukan takat Spider jek..  siap ade Flamingo berenang-renang ke sana ke mari lagi bersama anak-anaknya. Eh! Huhu..

Stat bile nie, oh.. stat dari naik sem lagi Cik Bubble tak menjengah ke sini.. hehe,

Dan alasan yang sangat2 bese dari sume orang yang tak mampu berfikir panjang, iaitu..
Erk… saya seorang pemBIZI, indeed..! maaf..! k, fullstop..
andai diizinkan, sume bende nak share d sini,
pengalaman2 program, pahit maung sem nie.. TAPI......... 

Program dan aseyment mencurah-curah ke ladang gandum..
Meeting yang tak pernah surut, 
subjek ko-k yang tidak boleh miss,
konfren riang gumbira yang terase rugi if tak join, 
program masyarakat dinamik yang memerlukan insan comey seperti saya untuk turun padang,
mr.microsoft word yang tak henti-henti merisik,
pak cik mu’jam yang minta di selak-selak untuk penterjemahan teks, 
akak2 test dan abang-abang kuiz yang tak jemu-jemu memanggil,
uncle tadribat yang selalu menjengah,
inchek library yang minta dikunjung setiap minggu dan banyak lagi..

ergg..~ sedikit pembuktian dari saye, sedikit yang sangat..!! ;  *tetibe.. ^^" he..~

suasane penghafalan khutbah dan debate dalam Bahase Arab.. grrr~

keadaan meje study sebelom test Akidah.. gulp!

Salah satu meeting, yang 'TERrajin' untuk saya pergi walaupun
x bape ramai nak datang..  haish~

Buku2 yang digunekan  untuk wat
eseyment 4  subjek Kristianisasi SEMATE-MATE.. *pengsan~

program bersame adik2 d Gue Musang, Kelantan.. fuh!

grrr~~ sumpah! Terase keBIZIan seorang saya.. (_ _”)

N sometimes.. terpiker gak.. hurm... 

dalam keBIZIan seorang saya dan seorang kamu, berape banyak dan kerapkah kita ingat kat DIA..??
*deng..!! bunyik kepale terhantuk.. huh! -_-“

zikir harian da tak slalu amalkan.. solat tak berape nak khusyuk sebab banyak sangat bende nak dipiker.. bile da penat, nak solat malam pun, piker dua tiga kali.. huk2.. - -"
tapi, DIA tak pernah lupekan kita.. berlipat kali ganda ingatan DIA pada kita..
Bayangkan andai, kita dilupakan, kompem da tak de da kat bumi nie, sebab Allah tarik balik sume nikmat yang DIA bagi pinjam kat kita, nyawe, udara n segale bagai yang lain..  T_T
ya Allah, lemahnya diri ini.. sob3.. :’(
huh, k, skang nak kene sambung wat aseyment semule sebelum terbang ke Kedah Rabu nie.. aish, Cik Bubble, oh Cik Bubble, brani join program, brani tanggung akibat yer sayang.. huh, 

Ya Allah, beri kekuatan kepade ku.. amin..
k, 2 jek untuk kali nie ea.. ^^"
kBai..!! n Asslamualaikum w.b.t... 

Friday 17 February 2012

Mana oh Mana..


Assalamualaikum w.b.t..
Huk.. ya.. apakah maksud yang tersirat berdasar kan tittle di atas.. huk2..
mungkin ramai ingat Cik Bubble nak share bout Aizat Amdan.. aish.. bukan2..
Cume nak share mana lah, smangat yg berkobar2, excited, komited and jitu nak menulis blog ini.. eh.. ada kaitan ke..?? anggap jek lar ada ek.. he~

And FINALLY…

Di saat menghitung hari nak menghabiskan cuti sem ini.. baru lar kuo post yang agak merepek kerepek ini.. tp, jngn risau yer sahabat.. juz d simple entry jek.. tak panjang pun.. wee~~

Erg.. lame kan Cik Bubble tak menulis.. sedey plak ble tengok, bln lpas juz 1 entry jek.. huhu.. erg.. bulan nie.. ~o~”  <-- harap tidak berulang.. haish..

Nope lar, sebenar nyer bukan saya seorang pemalas cume kurang kerajinan untuk menulis.. hehe..

Ya, saya ada sebab tersendiri tau naper ia nyer terjadi.. aiceh.. [ayat, bekap diri sendiri..]

1.       Bile ade kat rumah, dia agak bz sedikit dengan kerja2 tukangan.. cam tukang masak, tukang sapu, tukang basuh baju, tukang kemas rumah, tukang cikgu, tukang tido. Eh. ^^”
2.       Saya mengamalkan sistem tidak suke membazir tenaga elektrik di rumah.. huk2.. bese nyer time cuti2 nie lar bil elektrik melambung.. inche Abah pn da phm.. so, sy mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa di rumah.. huhu,
3.       Time kat umah nie lar, kite bley mengeluarkan bakat memasak yang ade.. hehe, mencube resipi baru. Eh, mencipta resepi baru.. hehe, sebab bese nyer. kesudahan die laen dari resipi asal.. kekekeke~
4.       Then, kat umah jugak.. mase memprektis ilmu jaet menjaet yang telah lama ditinggalkan.. Alhamdulillah.. siap gak sepasang baju..
5.       Berkebun.. hehe.. x caye.. Cik Bubble, cuti nie telah menolong Nenda dan Atoknde mengutip beku, di kebun getah.. huhu..  time nie lar baru rase susahnya mencari secicip rezeki.. T_T
6.       Cuti sem nie, saye juga agak bz menyiapkan kertas keje untuk program minggu jabatan.. Alhamdulillah.. da siap da, tunggu kelulusan dari pihak atasan jek.. 
7.       Hurm.. ape lagi ek.. ha..!! time cuti nie, Cik Bubble ade hobi baru, iaitu.. menjaet manik, wat brooch manik, and segala hiasan manik yang len.. we~ and, last but not least..

8.       Ya, ya dan ya… saya terpaksa mengaku yang saye malas.. TAPI sket jek tau, x banyak pun.. he~ v(^_^)v

jangan biarkan kemalasan bermaharajalela dalam diri anda.. aiceh! :)

K, tue jek nak bagi tau.. and the moral of the story… walau ape pun yang berlaku, sume nyer berbalik pada diri kite.. tak de alasan.. toing..! pesanan buatmu si empunyer diri.. -_-"  

Friday 27 January 2012

Insiden itu.. Trime Kasih kpdNYA.. ♥ ♥ ♥


Assalamualaikum w.bt..

Huk2.. aish.. trase da lme tak MENAIP kat blog nie.. sngt lme..!! sampai da msuk tahun baru da.. huh,
almaklum lar, slame 3 minggu MENULIS, MENULIS dan MENULIS bg menjaye kn filem Cik Bubble untuk  meraih kutipan Box Office 2..  huh, ( __ __” )

Alhamdulillah, stelah berusahe.. erg~ tak brape pasti sungguh ke tak.. haish.. skarang tinggal Doa dan Tawakkal jek kepadaNYA, agar mendapat yang terbaik.. amin..

Ok, ape yang Cik Bubble nk share kt sini ek..? da lme da pendam cite nie.. hurm.. lme ke..?? tetibe x pasti lme ke tak, coz insiden nie da seminggu terjadi tyme Cik Bubble nak blek ke Johor 4 cuti sem ai sabtu ai 2..

Tapi sebelum itu, sila pastikan perut anda kosong daripada bahan2 yang memualkan, PASTIKAN JUGA anda mempunyai banyak masa untuk membacanya dengan tekun dan tahap kesabaran yang tinggi. tambahan lain, sebarang masalah kesihatan dan kesakitan tulang belikat adalah tanggungjawab sendiri.. hehe, v(^_^)v
K, Insiden nie bermule begini..

Arakian, tersebut lar kisah, seorang gadis yg agak kiut miut, bersopan santun dan berintegriti tinggi bersame2 seorang teman nyer.. ceh.. :P

k, cam nie citer nyer..  
pagi 2, Cik Bubble bersame seowg membe kuo dri kawasan kolej ke bustop depan U awal pg, iaitu kol 7.. huk2, ia bley diklasfikasikan awl kerane tyme 2 keadaan sngt gelap, cume berteman kn cahaye bulan dan lampu jalan yang tetibe mati time smpai simpang kolej dan bas Cik Bubble jam 10 pagi.. konon kuo awl sebab nak breakfast kat sane dan menhindari diri dari bersesak2 dengan makhluk lain.. aish~

Ya Allah.. dalam keadaan yang amat jaoh, dengan membawe barang yang agak banyak, saye gagah kn jugak diri jalan kaki kat bustop dpn 2.. Yup, mule2  rancang nak call teksi jek.. tp, bile tau cas die giler mahal.. sampai dekat 20 ringit, dri kolej ke KTM 2.. erk~ x pe lar pak cik teksi.. saye jalan kaki jek lar, nek bas mini bru singgit..huh.. pas2 dlm perjalanan berjalan kaki 2, baru lar timbul rase kesyukuran.. Alhamdulilah, aku msih ade kaki untuk berjalan, andai Allah tarik nikmat kaki nie, mesti kne nek teksi plak sampai BTS, mesti lg mahal.. aish.. -_-“

K, then slamat lar smpi d KTM dngan menaiki bas mini 2, sampai2 jek.. bley plak tmpt bli teket 2 tutup sebab kunci nyer terilang, lame gak r tunggu, last2 time train sampai jek, incek yang jage kaunter 2, suruh jek nek, t bayor teket nyer kat sane.. make, berkelam kabut r, Cik Bubble ngan sahabat td 2.. yang incek 2 bkn nk ckp awl2.. grr~ tp, Alhamdulillah.. smpat gak nek, walau pn x de tmpat duduk.. as oweyz kn.. huh..

Then.. Alhamdulillah.. sampai jugak kt TBS.. da bley trik nafas lege da.. Hooyeah..!! so, kat sane kteowg tros amek port kt atas, duduk2 sebelum nk g breakfast.. sebelom 2, sahabat Cik Bubble ade gak tenye no sit kt dlam bas nnt.. tp, saye sendiri x ingt, sbb dari beli hari 2, x pernah plak terpker nk tengok teket 2 smule.. so nyer, ia masih lg tersimpan d dalam purse pink comey 2.. huk2.. ngah duduk2 2, ingt nk bermuke buku jab, pas2 tngok nset ade 3 miskol dri adik kesayangan, rindu sngt lar 2.. we~~
pas2, die tpon smule, cam gini lar ayt nyer..

“naper, tp angah tepon x angkat..?? cube Along cek, ade x purse along.. tp ad owg tepon rumah, tanye pasal along..”

Gulp~~ Astaghfirllah… cam ne nie.. pantas tngan menyelongkar beg.. Sah..!! memang x de…!!! Waa.. teket aku….!!! rase nk nangis n wat2 gile jek kt situ.. bio dpt blek  johor free sbb owg kesian sngat.. huhu..

Sumpah..!! tme 2 cam blur jab.. x tau nk wat pe.. nk bli teket len, blom tentu ad.. duit pn, harap kn balance bayo teket ktm td jek lar, 2 pun nsib bayor gne duet RM 10..  Ya Allah, bantular hambe MU ini.. time2, jam bru kol 8.30..tros terpker nk blek  g KTM smule.. harap sempat, sbb teket bas nyer kol 10 pagi.. ape lagi tros g dengan peasaan kacau bilau nk blek smule ke sane, dengan berbekal kn 25 ringit yang sahabat pinjam kn, Cik Bubble g jgk.. sampai kt port nk nek 2, bru terpiker naper lar aku tak mintak no KTM 2 ek.. nak nek semula kang, train smpai plak.. so nyer, dok tunggu Ktm 2, smpat belek2 teket, then ade no main office KTM 2, t mntk sambung.. YA..!!! smart idea Cik Bubble.. huhuk, [ayat sedap kn ati sendiri..]

Huk2, then pngilan tepon nyer diangkat dan persoalan dilontarkan, setelah diperdengarkan music yg tidak berape nak best.. pas2, akak 2 ckp yang kt KTM 2, tak de sambungan.. k, cool kan hati yer diri.. sabar, sabar n S.A.B.A.R.. nie nak kene wat ayat kesian sket nie.. so nyer, saye citer lar masalah yang agak besar bagi insan yang TERsangat EXCITED, KOMITED & JITU nak blek umah nie.. then akak tadi suruh saye tunggu jab.. fuh.. then.. sementare tunggu tue, train yang ditunggu tibe.. Ish..  akhirnyer, panggilan itu disambung kembali.. ayat  yang akak tersebut berikan, agak meluluhkan hati yang sedang gundah gulana ini..

“ergh.. maaf yer Cik, pihak sane cakap, tak ade saper2 pun bagi purse atau pape pun kat kaunter 2.. maaf yer..”


Yup.. again’s..! fullstop.. terase cam gelap gulita duniaku ibarat blackout d malam hari tanpe cahaye rembulan.. Argh..!! <-- ayat hiperbola sket.. he~

Seusai tamat panggilan, sedar2 Cik Bubble da ade dalam train.. x tau, knape kaki melangkah juga ke dalam train tersebut.. ya..!! sebab saye jenis tak cepat caye cakap orang tanpe usul perikse.. tapi masih relevan kah saye mempertahankan prinsip tersebut.. Ah,tak pe, insyaAllah Allah tolong.. mane tau ade.. ya.. ayat sedap kn hati lagi.. semase dalam perjalanan tidak putus2 harapan dan doa saya, agar purse tersebut ada di sane.. Ya, dengan kuaseNYA.. tapi.. minda rancak dihujani pelbagai persoalan.. muhasabah sebentar~
Layakkah Allah memakbulkan doaku.. cukup ke amalan ku.. trase malu, untuk meminta.. sangat malu..!! ya Allah.. benar, trase tidak layak untuk ku meminta.. saat terdesak.. baru mengharap.. mengharap dengan harapan yang sangat2 berharap.. Allah..  sumpah saat itu rase  kosong..!! air mata mengalir lantas saya seka.. segan seketika apabila ade ada mata yang memandang.. hanye senyuman mampu terbalas.. perjalanan ini terasa tersangat lambat.. jam menunjukkan 9.15.. Ya Allah, apa pun yang terjadi, jadikan lar aku hambaMu yang bersyukur dan redha atas segala ketentuan.. amin.. huhu.. walau pun diri sendiri pun tak brape pasti ape tindakan lepas nie andai doa ku ini tidak termakbul.. Allah… T_T
Akhirnya, sampai juga, Cik Bubble ke destinasi.. berjalan dengan penuh harapan.. ya..!! aku tak kan berhenti berharap.. ceewah..! sedap hati lagi.. blom pape lagi, tros saya tanye mengenai nyer kat tukang pemeriksa teket.. incek tersebut  hanye tersenyum, dan menyuruh saye bertanye ngan pihak kaunter.. dan….

Alhamdulillah..!! trima kasih ya Allah.. Kau makbul kan permintaan hambaMu yang serba hina ini.. k, skang hanye 1.. sempat ke saye nak kembali ke TBS semule.. mase tinggal 25 minit.. Ya Allah.. saya mula berzikir dan berfikir.. sekurang-kurang nyer, saya ada duet untuk beli teket yang lain andai terlepas bas nanti.. Bersyukur lar diri atas segale ketentuanNYA..  haish.. (^__^)

So, tak sampai 5 minit, train sampai.. walaupun, tyme 2 saye ibarat sardine adabi kat dalam train namun masih tersenyum.. ya..!! senyuman yang hanya saya jek yang tau makne nyer.. senyuman yang comel.. teetttt….. he~ tetibe plak.. 

And finally…!!! Sempat juga saya nek bas, walau pun, saya adalah insan terakhir yang nek sebelom dreber bas 2 stat enjin..  Alhamdulillah, sempat juga...!! erg~~ di samping rase lapo yang amat.. haish.. -_-''


Alhamdulillah.. trime kasih ya Allah.. n sekarang.. saya da bersame keluarge terchinta di rumah.. huk2.. k, the end. fullstop!! 

ingat lar diri, jangan berputus harap padaNYA.. ^^"
again and never have FULLSTOP..!! Terima Kasih Ya Allah atas segala nyer.  Alhamdulillah..♥ ♥ ♥