Monday 22 October 2012

Teguran dariNya..:')


Asslamualaikum w.b.t...

kyaak~ tetibe sangat rajin untuk meng-habdate sesuatu di sini..
bile tengot corat-coret kat sebelah kiri tue, terasa cam segan sendiri.. orang lain sebulan paling siket 4 entry baru.. tapi, cik Bubble, da nak dekat setahun baru 4 entry yang di-hapdate.. huish~
maaf..! saye bukan pemalas, cume kurang kerajinan di samping kehidupan sebagai insan pemes yang sangat bz.. w0oha..! (^__^)v

kebizian seorang saya ini mengundang kepelikan di kalangan sahabat.. erk, maksud nyer di sini, walaupun as student U di area Bangi ini, (eh! u kat bangi nie ade bape ek?) tapi belom pernah keluar jalan2 ke Mines, apetah lagi Jalan Tar, KLCC, Times Square dan sebagai nyer..
Hurm... Paling jauh pun, Kajang.. di ulangi Kajang! erk~ itu pn sem lepas, sem nie.. x lepas pun lagi, paling koman adelah g Mekdi kt area Bangi nie.. he~ jaoh kan..?
huk2, adekah saye termasuk dalam kelompok kanak-kanak yang kesian..?
erk~ tidak kan..? sebab saya rase saya adalah kanak-kanak yang paling bahagia, kerana dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi diri ini.. (eh, ape yang aku stat melalut nie.. grrr~)

Baik lah, kite terus ke point utama..
ini adalah mengenai teguran daripadaNYA.. dan anggap lar, cerita di bawah juga adalah teguran daripadaNYA tapi melalui perantaraan makhlukNya yang amat hina ini.. huk2.. (T___T)
"TINGG..! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. 
Dia menyambung semula kerjanya. 
TINGG..! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. 
Tidak lama kemudian,blelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. 
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.  
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. 
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.  
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. 
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan."

P/s : hurm.. sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
_deng...! bunyik kepale terhantuk.. Allah~ ampuni lar hambaMu yang sering terleka ini.. :') amin..

1 comment: