Wednesday 12 December 2012

Diri ini perlu di'KETUK'.. huk2,


Assalamualaikum w.b.t..

Sedang tangan menaip untuk menyiapkan eseyment ulasan video Fiqh Sirah berdasarkan Filem "The Massage" yang lagi bape perenggan nie.. lagu Lukisan Rindu by Are-Buddy menjengah telinga. mengetuk minda. menyentuh hati. Allah~
jauhnya terasa aku dengan Rasulullah s.a.w. sangat jauh...!!! Ya Allah, 

air mate mengalir laju.. haish~ 

apabila di lihat selembar demi selembar sirah Rasulullah, terasa diri nie, sangat hina..!!  tak setanding dugaan yang Cik Bubble terima dengan Rasulullah s.a.w. daripada stat Baginda lahir, menyampaikan risalah hingga wafatnya Baginda. jauh panggang dari api. kisah ku. dengan..... kisah Baginda.! Allah~


 air mate semakin deras.. 

kite singkap semula bagaimana dakwah Baginda ke Ta'if, saat Baginda dibaling batu oleh masyarakat di sana namun Baginda tidak membalas walau pun  banyak luka yang Baginda terima dan pendarahan yang teruk pada kaki Baginda. Namun.. Rasulullah  sempat lagi berdoa pada Allah, iaitu :

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Melalui peristiwa itu juga, malaikat siap offer lagi untuk menghancurkan penduduk Ta'if  pada ketika itu.. Namun siapa yang menjangkakan jawapan dari insan maksum ini.

"Tidak.  apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."

Sekalipun tubuh baginda di rejam batu oleh penduduk Taif, namun tidak sekali dendam yang baginda simpan, siap berdoa agar Allah membuka pintu hidayah untuk mereka.. Mulianya hatimu Ya Rasulullah.. (T___T)

 buku atas meje da basah.. huk2,

nah, lihat..!! segala racun yang diberi dibalas madu oleh Rasulullah.. saya..?? erk~ telan air liur. jauh! sangat jauh, bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. jika dibandingkan dengan diri yang hina dina ini. ibarat langit dan bumi. malah jauh lagi. sampai tak perasan, kat mane terletaknya diri saya. huk2.. itu baru 1 part peristiwa, blom masuk bagaimana tabahnya baginda dibesarkan dalam keadaan yatim piatu. kehilangan insan tersayang rentetan tahun dukacita. hijrah ke Madinah. Peristiwa Isra' Mikraj. pembukaan kota Mekkah. Ukhwah dengan para sahabat. dan sehingga.. wafatnya Baginda. Allah~

satu2 peristiwa telintas di fikiran. sungguh~ hati diketuk dengan ketukan yang maha kuat..! terasa hati sangat sakit. sakit yang tiada tandingan. sakit rindu pada seseorang..!! rindunya aku dengan Baginda.. sobs~~ 

tulisan kat buku abes kembang, cz kne ayaq mata.. isk3,

Impikanlah hati sesuci hati Rasulullah... amin..

Semoga kita semua dikurniakan hati-hati yang mulia lagi suci seperti  Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mudah-mudahan hati ini  sentiasa Istiqamah dalam kebaikan dan ketaatan.  Semoga juga, cinta dan rindu ini bukan berkala, tapi sentiasa mengalir selagi mata berkelip. nadi bergerak. jantung berdegup. dan.. bumi berputar pada paksinya..  amin...

p/s : Cik Bubble, Jadi lar insan yang mampu menghulurkan madu sekalipun racun yang kau telan. apalah sangat dugaan dan ujian yang diterima jika dibandingkan dengan kekasihNYA…  sobs3.. :'(

No comments:

Post a Comment